Laman Utama » Berita Terkini MAJLIS DIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM BAGI KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI DALAMNYA BAGI TAHUN 1445H/2023M DI DAERAH BELAIT
- Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya bagi Tahun 1445H/2023M di Daerah Belait telah diadakan pada hari Khamis, 05 haribulan Rabiulawal 1445 bersamaan dengan 21 haribulan September 2023 bertempat di Masjid Sungai Teraban.
- Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
- Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.
|